Pump It Up Intro
Sedikit pengenalan kepada Pump It Up atau disingkatkan kepada PIU. Ia adalah mesin arked menari berasal dari korea yang lebih kurang sama dengan mesin arked dance dance revolution (DDR) berasal dari jepun. Perbezaan kepada dua mesin ini adalah susunan padnya, DDR mempunyai 4 pad untuk dipijak mengarah ke atas, kiri, kanan, dan bawah
manakala PIU pula terdapat 5 pad mengarah ke sudut kanan atas, sudut kiri atas, sudut kanan bawah, sudut kiri bawah dan tengah.
Walau bagaimanapun sebuah mesin PIU mempunyai 10 pad pemijak iaitu 5 sebelah kiri dan 5 sebelah kanan, ini untuk membenarkan 2 orang boleh bermain serentak.
Cara bermain, pemain haruslah memijak pad bila anak panah pada skrin datang dari bawah tepat mengena anak panah bahagian atas. Di akhir setiap lagu markah akan diberikan dan dinilai mengikut ketepatan pemain memijak pad pada masa yang sesuai.
Genre lagu dalam PIU bercampur aduk ikut hati pemain masing², dari pop, heavy metal, hip hop, jazz, ska dan lagu rakyat. Musik klasik juga disusun semula. Antara lagu klasik yang di cover adalah seperti Beethoven Virus, Winter, Bee dan Turkey March.
Style bermain, dalam komuniti PIU permainan ini merangkumi 2 kategori iaitu kategori speed (kelajuan) dan freestyle (persembahan). Kategori speed adalah pemain berusaha mendapatkan markah terbanyak dalam satu stage. Manakala freestyle pula pemain akan menari mengikut kreativiti masing² sambil memijak pad semasa lagu bermula.
Pertandingan antarabangsa atau dikenali sebagai World Pump Festival (WPF) akan diadakan setiap tahun untuk menentukan negara mana yang memiliki pemain terspeed dan terkreatif. Ia juga diadakan bagi meneruskan komuniti PIU agar tidak hilang ditelan zaman.

Comments
Post a Comment